HBMT2103 PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2 SEKOLAH RENDAH

TUGASAN MATEMATIK HBMT2103 PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2 SEKOLAH RENDAH



Wednesday, November 24, 2010

Video Pilihan

Dua Alatan Pengajaran

1.     2 Botol minuman Kacang Soya 300ml, 1 Gelas Kaca, 1 bekas minuman plastik dan 1 bekas makanan plastik.


                                          
                                          Minuman kacang soya
         
                                             Gelas kaca
                                            Bekas minuman plastik
                                                 Bekas makanan plastik



2) 2 Jag Air,  1 Kotak Susu Soya 1L,1 Botol Jus Oren 1 Litre                                    

                                                                       2 Jag air
                                                        1 kotak susu soya 1 Litre
                                                     1 botol jus oren 1 Litre
                                                                                         
                                                                                                                   
Kedua-dua bahan yang dipilih ini mudah diguna dan dikendalikan.  Bahan-bahan ini juga biasa didapati dalam kehidupan harian murid.  Ia juga amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.  Disamping itu ia juga menjimatkan kos kerana bahan-bahan ini tidak perlu dibeli dan boleh didapati di rumah.  Hanya sedikit kos sahaja diperlukan untuk membeli susu soya dan jus oren.
                                                                                                                                                                                                                                                      

Dua Aktiviti Pengajaran

1.Aktiviti Untuk Murid Pintar
Hasil Pembelajaran : Untuk membuktikan bahawa isipadu cecair berubah mengikut bentuk bekasnya.
Bahan-bahan : 2 Botol minuman Kacang Soya 300ml, 1 Gelas Kaca, 1 bekas minuman plastik dan 1 bekas
                       makanan plastik.
Langkah-langkah:
1.      Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat dan diminta bekerja secara koperatif.
2.      Setiap kumpulan diedarkan 1 set peralatan terdiri daripada 2 Botol minuman Kacang Soya 300ml, 1 Gelas Kaca, 1 bekas minuman plastik dan 1 bekas makanan plastic.
3.      Murid diberitahu bahawa kedua-dua botol kacang soya itu mempunyai isipadu yang sama iaitu 300ml seperti mana tertera pada label botol itu.
4.      Murid diminta menuangkan kasang soya kedalam gelas kaca dan sebotol lagi ke dalam bekas minuman plastik.
5.      Murid diminta menandakan aras pada gelas dan bekas minuman plastic.
6.      Murid diminta menuangkan kacang soya daripada gelas kaca kepada bekas makanan plastik pula dan menandakan arasnya.
7.      Murid ditanya bekas manakah yang mempunyai aras yang paling tinggi dan paling rendah.
8.      Mengadakan perbincangan dengan murid mengenai kandungan isipadu cecair yag berubah mengikut bentuk bekasnya.

2.Aktiviti Untuk Murid Lemah                                                                                                                                                  
Hasil Pembelajaran :  Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti
Bahan-Bahan :  2 Jag Air,  1 Kotak Susu Soya 1L,1 Botol Jus Oren 1 Litre
Langkah-langkah :
1.      Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima dan minta mereka bekerja secara koperatif.
2.      Setiap kumpulan diedarkan 1 set alatan yang terdiri daripada 2 jag air, sekotak susu soya
         yang berkapasiti 1 Litre dan sebotol jus oren berkapasiti 1 litre.
3.      Murid diminta meneka mana yang mempunyai isipadu yang banyak.
4.      Minta murid menuangkan 1 kotak susu soya ke dalam jag air yang pertama.
5.      Murid diminta memerhatikan aras susu soya tersebut di dalam jag air.
6.      Murid diminta menuangkan jus oren pula ke dalam jag air yang kedua dan diminta melihat aras jus  oren tersebut.
7.      Murid diminta membandingkan aras susu soya dan jus oren di dalam kedua-dua jag air tersebut.
8.      Murid diberitahu walaupun susu soya dan jus oren tadi asalnya  di dalam kotak dan botol yang   berbeza tetapi arasnya tetap sama apabila dituangkan ke dalam jag air. Ini kerana susu soya dan jus oren tersebut masing-masing mempunyai isipadu 1 Litre.

Justifikasi Pemilihan Video

Video ini dipilih untuk menunjukkan kepada murid bahawa banyak berlakunya salah konsep mengenai kapasiti dikalangan murid-murid. Ramai kanak-kanak telah mempelajari beberapa konsep panjang dan beberapa kosakata yang berkaitan dengannya.  Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti.  Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat diantara dua bekas,kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang atau tingginya berbanding kapasiti.
            Seperti dalam video itu apabila susu tersebut dituang ke dalam gelas,kanak-kanak memilih gelas lebih banyak kapasiti kerana gelas tersebut memiliki aras yang lebih tinggi berbanding bekas bekas asalnya. Oleh itu cara terbaik ialah murid sendiri mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan lansung yang telah dirancang dalam aktiviti pengajaran ini.